Saturday, July 1, 2017

'Anak kami tak sekejam itu'

'Anak kami tak sekejam itu'
Mohd Adam Osi, 5, meninggal dunia akibat pendarahan otak.
KUALA LUMPUR - "Tolonglah hentikan cerita yang buruk-buruk tentang anak kami. Saya yang kenal dia macamana, dia takkan buat anak-anak macam tu. Dia tak sekejam itu," demikian rintihan nenek kepada mangsa dera, Mohd Adam Osi, 5, yang meninggal dunia Khamis minggu lepas akibat pendarahan otak setelah dipercayai dipukul dengan objek keras oleh kekasih ibunya.

Siti (bukan nama sebenar), 50, meluahkan rasa terkilan kerana anaknya menerima cemuhan dan kejian masyarakat terutamanya netizen sejak tersiar berita tentang penangkapannya yang dipercayai ada kaitan dengan kematian Adam.

Menurut Siti, dia percaya anaknya yang berusia 28 tahun itu menghadapi tekanan perasaan yang kronik sepanjang hubungannya dengan kekasih berasal dari Nigeria sehingga tidak mampu membuat pertimbangan yang wajar dalam setiap keputusan.

No comments:

Post a Comment