Friday, July 14, 2017

Gandingan Dr M dan Anwar tanda Malaysia hadapi cabaran getir, kata penganalisis AS

 | July 14, 2017
Walaupun 2 ahli politik veteran itu mampu memberi cabaran, ia juga perlu mengembling pemimpin muda, kata Bridget Welsh.
Bridget-Welsh_anwar_maathir_600
PETALING JAYA: Seorang pemerhati Asia Tenggara yang kini berpangkalan di Itali berkata barisan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) yang diumumkan semalam sebenarnya sudah merungkai soalan berhubung calon perdana menteri gabungan itu walaupun ia tidak dinyatakan dengan jelas.

Bridget Welsh, yang merupakan profesor sains politik di Universiti John Cabot di Rom, berkata hakikat yang parti politik yang mewakili pelbagai latar belakang kini boleh mencapai kesepakatan berhubung struktur kepimpinan merupakan ia satu kejayaan, dan mereka kini boleh menumpukan kepada usaha menarik pengundi “daripada fokuskan isu dalaman parti”.

“Isu PM sudah diputuskan sebaik mungkin dan ini akhirnya akan diselesaikan semasa mengundi,” kata Welsh kepada FMT.
Beliau berkata tumpuan kepada calon perdana menteri sentiasa menjadi cabaran kepada pembangkang.

Katanya, ini juga menjadi sebab mengapa PAS tidak begitu bersemangat dengan kesatuan Pakatan Rakyat yang kini dibubarkan.
Selepas rundingan yang memakan masa berbulan-bulan, pemimpin tertinggi PKR, DAP, Amanah dan PPBM malam tadi akhirnya mengumumkan gabungan mereka sudah bersedia hadapi pilihan raya di bawah satu logo.

Dalam kenyataan 2 muka surat dibacakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas seteru politiknya Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai ketua umum, manakala dirinya sebagai pengerusi.
PH juga melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dari PKR sebagai presiden, dibantu oleh 3 timbalan menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM), Lim Guan Eng (DAP) dan Mohamad Sabu (Amanah).

Pemimpin lain dalam barisan kepimpinan itu itu termasuk bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dan bekas timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah.
Welsh berkata persetujuan terbaru itu menunjukkan Malaysia kini sedang melalui cabaran sukar.

“Hakikat yang 2 pemimpin kini dapat mengetepikan perbezaan masing-masing menunjukkan betapa getirnya cabaran dihadapi negara,” katanya, merujuk kepada Dr Mahathir dan Anwar.

Beliau juga memuji penyertaan pemimpin muda dalam barisan kepimpinan PH, dan berkata idea dan suara generasi baharu “harus digabungkan jika PH mahu terus mendapat sokongan”.
Welsh bagaimanapun berkata, gabungan yang dikuasai 2 lelaki yang pernah memimpin Malaysia satu ketika dulu, sepatutnya melibatkan lebih pemimpin wanita.
FMT

No comments:

Post a Comment