Tuesday, July 4, 2017

PAS akui BN belum mampu ditumbangkan kerana...


Malaysiakini 3/7/17
Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad, kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) belum cukup untuk menjadi faktor kekalahan parti pemerintah itu pada pilihan raya umum yang datang.
Ini kerana, jelas Iskandar, pembangkang gagal meyakinkan rakyat penyelesaian kepada masalah-masalah yang membelenggu masyarakat dan negara.

"Kenaikan kos sara hidup dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) memang menekan rakyat tetapi rakyat mahu melihat penyelesaian dari pembangkang sebelum memberi undi kepada mereka.
"Rakyat hari ini semakin bijak dan pembangkang tidak boleh sekadar memainkan isu-isu sahaja tetapi rakyat mahu melihat dengan terang dan jelas bagaimana negara ini akan ditadbir jika pembangkang diberi kuasa," kata beliau dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Iskandar berkata, pembangkang harus menzahirkan dasar dan polisi untuk semua perkara yang akan memberi kesan kepada hidup rakyat dengan tidak meminggirkan mana-mana isu.
"Oleh itu, amat penting bagi para pemimpin politik untuk turun ke bawah dan bertemu rakyat di akar umbi. Dapatkan maklumat yang tepat. Apa yang penting kepada pemimpin politik tidak semestinya penting kepada rakyat," tambahnya.

Pada masa yang sama, Iskandar menambah, kejayaan pentadbiran di Selangor dan Kelantan juga mesti diberi publisiti yang meluas untuk meyakinkan rakyat akan kemampuan pembangkang.
"Tetapi pembangkang tidak boleh merasa terlalu yakin walaupun BN sedang sarat dengan masalah seperti isu 1MDB kerana di dalam politik apa sahaja boleh berlaku. Tambahan pula jika tarikh pilihan raya masih jauh lagi," jelasnya.

3 comments:

  1. Iskandar letakkan dirinya di sebelah pembangkang, walhal lebai-lebai dalam partinya dah nyeberang ke sebelah sana tapi masih takut-takut ucapkan secara terbuka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebai mana pok amid woi....
      Itu lebai malang yang menyeberang tu..

      Delete
  2. Puncanya, bukan pembangkang tidak mempunyai pelan penyelesaian sebaliknya ada "pembangkang" mesra kerajaan. Syabas kepada ahli politik yang berani menyebelahi pihak pembangkang yang berkarisma. Dalam keadaan sekarang, rakyat Malaysia bijaksana sangat memerlukan pembangkang yang tidak termakan umpan Barisan Nasional. Maka itu, sebagai rakyat dan pengundi yang bijak, marilah kita TOLAK BN dan pihak yang bermesra dengannya. Jika itu kita lakukan, insya-Allah Malaysia kembali memperoleh maruahnya yang tergadai dan kita dapat bergerak ke arah kemajuan/kemakmuran. Amin.

    ReplyDelete