Sunday, July 9, 2017

Pas hajat sidang meja bulat dengan 1MDB

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man
TEMERLOH - Pas akan menganjurkan persidangan meja bulat yang akan membincangkan perkara berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penganjuran itu adalah berdasarkan persetujuan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat dalam satu mesyuarat yang diadakan di Kompleks Al-Makmur Kerdau, di sini, semalam.

Katanya, pihaknya akan mengundang kesemua pengurusan tertinggi 1MDB iaitu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, selain turut mengundang mantan Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB, Tan Sri Mohd Bakke Saleh.
"Antara yang termasuk dalam senarai jemputan ialah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibriahim dan pakar ekomi, Dr Jomo Kwame Sundaram selain turut menjemput tokoh-tokoh akademik dan ekonomi tempatan yang, akan dijemput khas ke persidangan itu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan bersempena majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Pas Pusat, di sini, hari ini.

Tambahnya, Pas telah membuat keputusan bahawa mereka harus mendengar dari kedua-dua belah pihak berkaitan isu 1MDB itu supaya mereka boleh membuat keputusan yang adil kepada isu-isu yang sedang dibicarakan sekarang ini.
"Kita jangkakan persidangan ini akan dibuat pada awal Ogos di mana dalam cadangan kita ia akan diadakan pada 7 Ogos bergantung kepada persetujuan para pengundang.

"Persidangan ini bersifat tertutup dan tidak terbuka kepada umum melibatkan pimpinan parti dan ketua-ketua Lajnah atau Dewan. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga akan turut hadir sekiranya kesihatan beliau diizinkan," katanya.

Apabila ditanya tentang kenyataan yang dikeluarkan Panel  Penasihat Jasa, Tun Faisal Ismail Aziz yang mendakwa dirinya tidak memahami 1MDB, Tuan Ibrahim berkata, kenyataan dikeluarkan Tun Faisal dianggap bertujuan membela mereka yang dituduh terlibat dalam 1MDB.

Katanya, Pas berpendapatan bahawa keputusan penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) sebagai satu idea setelah melihat dilakukan setelah melihat beberapa agensi penyiasatan terhadap 1MDB tidak berjalan.

"Kita tak nak tengok sampai rakyat hilang keyakinan terhadap agensi penyiasatan kita. Apa jalan keluar? Jika kita tidak buat sesuatu, tiada jalan keluar. Sebab itu kita cadangkan RCI ditubuhkan.

"Dan sehubungan dengan itu kita akan dengan maklumat yang akan diberikan oleh 1MDB menerusi persidangan yang akan kita lakukan nanti selain akan terus mendapatkan maklum balas berkaitan isu ini," katanya.

Beliau dalam masa sama turut memberitahu Pas juga akan menganjurkan program besar-bersaran sambutan Hari Malaysia yang akan diadakan di Sandakan, Sabah pada 16 September nanti.

"Semua pimpinan pusat akan turun ke Sabah sempena sambutan itu nanti di mana turut diadakan beberapa sesi pembentangan dan perbincangan sempena sambutan itu terutama bagi kita lihat peranan Pas sebagai sebuah parti penting untuk rakyat Sabah selain bagi melihat masalah-masalah yang berlaku dalam Sabah sendiri khususnya dalam usaha mengeratkam hubungan antara Sabah, Semenanjung dan Sarawak," katanya.

1 comment: