Tuesday, July 25, 2017

Permatang Pauh: Pas tetap lawan PKR

Mohd Amar Nik Abdullah
Mohd Amar Nik Abdullah
KOTA BHARU - Lawan tetap lawan. Itu kata dua Pas  terhadap PKR  apabila parti itu mahu meletakkan calon mereka bertanding di kubu kuat PKR di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU14 nanti.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, bukan sahaja di kerusi disandang Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail bahkan parti itu akan meletakkan calon di semua kawasan lain milik PKR.

“Kita lawan, lawan tetap lawan, memang kalah nombor dua. Kalau lawan satu sama satu Alhamdulillah. Kalau tiga penjuru pun kita lawan juga.
“Setakat ini memang dah (kita lawan) sebab kita tidak ada hubungan dengan PKR, jadi mana-mana kerusi PKR kita akan bertandinglah...itu terserah kepada kita,” katanya.

Mengulas mengenai individu yang sesuai melawan Dr Wan Azizah untuk memastikan Pas tidak menanggung malu, Mohd Amar memberitahu pihaknya tidak ketandusan calon untuk bertanding.
“Di Permatang Pauh, calon ramai jadi tidak ada masalah,” katanya.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, bukan sahaja di Permatang Pauh, Pas juga tidak mustahil akan meletakkan calon mereka di kawasan yang berpeluang untuk dikuasainya termasuk di kerusi DAP.
“Kita sedang membuat kajian selain daripada kerusi tradisi. Kita akan kaji kerusi PKR dan DAP,” katanya yang memberitahu Pas kini sedang mengintai mana-mana kerusi  yang berpotensi untuk parti itu kuasai pada PRU14.

Baru-baru ini Pas melancarkan jentera pilihan rayanya di kerusi disandang oleh isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut  menyatakan hasrat untuk bertanding di semua kerusi di Parlimen dan Dun kawasan tersebut.
Tindakan itu juga mendapat reaksi kurang manis daripada Naib Presiden PKR, Tian Chua yang menyifatkan Pas sengaja mahu menimbulkan provokasi dan menguji kesabaran parti itu

1 comment:

  1. Biarlah PAS meletakkan calonnya di mana-mana kerusi pun. PH perlu besar jiwa menghadapinya. Inilah sepak terajang politik. Maka itu, belajarlah dan ambil pengajaran dari setiap situasi tersebut.

    ReplyDelete