Tuesday, July 18, 2017

Rasuah: Syed Saddiq saran pemimpin politik contohi TMJ

 | July 17, 2017
Syed Saddiq berkata TMJ menekankan proses 'pembersihan sistem' menyeluruh dalam pentadbiran kerajaan Johor.
syed-saddiq-2
PETALING JAYA: Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyarankan semua pemimpin tanpa mengira fahaman politik mencontohi sikap Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim memerangi rasuah.

Beliau berkata TMJ begitu menekankan proses “pembersihan sistem” secara menyeluruh dalam pentadbiran kerajaan Johor.
“Saya sarankan semua pemimpin politik di Malaysia, tidak kira Umno, PPBM, PKR atau lain-lain contohi TMJ,” katanya dalam kenyataan selepas menghadiri majlis sambutan hari raya bersama TMJ.

Syed Saddiq berkata di Johor semua individu tidak terkecuali melalui proses tersebut, ia termasuklah bekas exco kerajaan, jabatan tertentu, ahli perniagaan dan ramai lagi.
“Ini adalah petanda yang baik bahawa rasuah sama sekali tidak diterima di Johor.”

“Walaupun hampir semua orang yang berkuasa sama ada yang dipilih atau tidak, terus ‘menutup mulut’ di saat Malaysia memerlukan mereka, tetapi TMJ lantang bersuara untuk menegakkan kebenaran,” katanya yang bangga dengan TMJ sebagai pemimpin Johor.
Beliau juga menambah “pembersihan sistem” memerlukan keberanian, kejujuran dan tindakan, bukannya dengan kata-kata manis.

“Kita tidak boleh mengharapkan Malaysia bebas daripada rasuah apabila kita lebih prihatin terhadap isu pakaian seseorang daripada isu-isu kritikal,” katanya yang mengakui sering dinasihati TMJ supaya tidak diperalatkan mana-mana pihak dan peka supaya tidak dipergunakan untuk tujuan yang salah.

Sebelum ini, Syed Saddiq mendakwa orang Melayu moden hari ini malu untuk mengaku mereka Melayu kerana sering dikaitkan dengan amalan rasuah dan tidak boleh berdikari.
“Saya sedih kerana Melayu sering dikaitkan dengan budaya rasuah, korupsi, layu dan pelbagai lagi stereotaip yang menjatuhkan maruah Melayu di Malaysia.

No comments:

Post a Comment