Sunday, July 9, 2017

Rusuhan terburuk di penjara, 28 terbunuh

Sinar Harian
Rusuhan terburuk di penjara, 28 terbunuh
Ahli keluarga tahanan menunggu di luar penjara susulan rusuhan di antara banduan yang meragut 28 nyawa.
ACAPULCO - MEXICO. Sekurang-kurangnya 28 banduan maut dalam salah satu rusuhan terburuk di sebuah penjara di Mexico, kelmarin.

Pegawai keselamatan negeri Guerrero, Roberto Alvarez memberitahu, pertempuran tercetus di antara kumpulan samseng di bahagian sayap penjara keselamatan tinggi berkenaan.

"Pihak berkuasa menemui mayat di seluruh penjara termasuk di dalam dan luar dapur serta kawasan menerima pelawat. Empat daripada mayat itu turut dikerat.
"Meskipun terdapat laporan tembakan dalam kejadian itu, semua korban adalah akibat luka dari benda tajam seperti senjata yang diubah suai oleh mereka," katanya.

Menurut Alvarez, penjara tersebut mempunyai lebihan hampir 30 peratus tahanan daripada kapasiti ditetapkan di mana ia dibina untuk 1,624 banduan, tetapi kini menampung 1,951 pesalah lelaki dan 110 wanita.
Acapulco adalah bandar terbesar di Guerrero dan pusat pengeluaran candu yang menjadi kebimbangan utama pegawai Amerika Syarikat (AS). - Reuters

No comments:

Post a Comment