Monday, July 17, 2017

Wanita ini dipukul kerana lahirkan anak perempuan

17/7/17

 Meena Kasyap dipukuli keluarga suaminya. (Foto: Daily Mail)
 Meena Kasyap dipukul  keluarga suaminya. (Foto: Daily Mail)

  Seorang ibu di India dipukul  dengan kejam oleh saudara iparnya kerana melahirkan bayi perempuan. Wanita itu, Meena Kashyap   juga diseksa kerana terlibat sengketa mas kahwin dengan keluarga suaminya.

Aksi pemukulan itu terakam dalam sebuah video berdurasi 26 detik. Dalam video itu, Kashyap tampak merengkuk sambil menjerit kesakitan kerana dipukul dengan kayu hockey oleh dua lelaki yang diyakini sebagai adik ipar dan rakannya.

Rupanya, penganiayaan itu bukan yang pertama kali dialami Kashyap. Sebelumnya dia juga pernah mengeluhkan perlakuan kasar yang diterima dari keluarga sang suami kepada orangtuanya.

Kashyap mengaku bahwa dia diberi mas kahwin sebesar 700,000 rupee     dengan syarat dirinya harus melahirkan bayi laki-laki. Namun ketika bayi yang dikandungnya lahir dengan  kelamin perempuan, keluarga suaminya marah besar.

"Kami telah mengeluhkan masalah ini sejak tahun lalu, tetapi tidak ada tindakan lanjut yang dilakukan pihak berwenang," kata ayah Kashyap, seperti dilansir dari laman metro.co.uk, Isnin (17/7).

"Mereka telah menikah selama dua tahun dan dikurniakan anak perempuan. Tetapi pihak keluarga suami meminta kami untuk mengembalikan mas kahwin mereka sebesar 700,000 rupee," sambungnya.

Kes penganiayaan ini kini sudah ditangani oleh pihak  polis . Polis  juga menahan suami Kashyap, Daljit Singh, adik iparnya Kamaljeet, serta teman adik iparnya yang bernama Gaurav.

Ketiganya akan didakwa hukuman kekerasan dalam rumah tangga dan penganiayaan secara sengaja yang menyebabkan korban cedera

Sumber:Merdeka.com

No comments:

Post a Comment