Sunday, August 20, 2017

Khairy: ‘Cetak bendera terbalik kesilapan sangat besar’

 | August 20, 2017
Khairy turut memaklumkan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman telah berhubung dengan rakan sejawatannya di Indonesia berkenaan hal sama.
kj-indonesia
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini menyampaikan permohonan maaf bagi pihak Malaysia selaku tuan rumah Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) kepada seluruh rakyat Indonesia atas kesilapan melibatkan bendera negara itu.

Ia disampaikan Khairy semasa pertemuan dengan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Imam Nahrawi di sini hari ini.
“Ini adalah 1 kesilapan sangat besar dan saya bagi pihak tuan rumah mohon maaf kepada Bapak Imam dan seluruh rakyat Indonesia atas kesilapan besar ini,” kata Khairy pada sidang media selepas pertemuan tertutup kira-kira 20 minit itu.
Bendera Indonesia didapati dicetak secara terbalik dalam buku khas cenderahati KL2017.

Imam Nahrawi menyatakan kekesalan berhubung perkara itu melalui akaun Twitternya semalam yang kemudian dibalas Khairy juga melalui Twitter dengan permohonan maaf selain menegaskan kesilapan itu tidak disengajakan.

Turut hadir pada sidang media itu Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MON, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar dan Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Jawatankuasa Pengelola Malaysia (Masoc) KL2017, Datuk Seri Zolkples Embong.

Khairy, yang juga pengerusi Masoc berkata beliau telah mengarahkan semua buku cenderahati berkenaan tidak lagi diedarkan dan edisi baharu dengan pembetulan akan dikeluarkan

No comments:

Post a Comment