Tuesday, August 1, 2017

Peluru kapur ‘Kutty’ terhadap Dr Mahathir makan diri, kata Perkasa

 | August 1, 2017
Ibrahim Ali berkata timbalan PM perlu memohon maaf kepada Dr Mahathir jika mahu membersihkan namanya.
VIDEO INSIDE
ibrahimali1
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini menyifatkan tindakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengungkit asal usul Tun Dr Mahathir Mohamad umpama tersalah guna jenis senjata bagi menyerang bekas presiden Umno itu.
“Saya rasa Zahid tak fikir ini perkauman dan hanya nak serang Dr Mahathir sebab dia musuh Umno, maka guna serangan yang terlintas (di fikirannnya),” kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.

“Saya sifatkan Zahid guna peluru kapur serang Dr Mahathir, dalam keadaan dia nak serang, gunalah senjata kimia. Jangan guna peluru kapur sebab orang yang ditembak tak mati, orang menembak yang mati,” katanya pada sidang media di pejabat Perkasa hari ini.

Zahid menerima kritikan pelbagai pihak selepas ucapannya Ahad lalu di hadapan ahli Umno Kelana Jaya, di mana beliau mendakwa nama penuh bekas perdana menteri itu ialah “Mahathir a/l Iskandar Kutty”
FMT

2 comments:

  1. dia nak ungkit pasal asal usul keturunan orang.nnti kalau orang ungkit pasal ,asal usul keturunan dia.boleh angkat 'terima' ke tidak ,dia tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang kau maksudkan ni? Kau ni betul ke tak betul?

      Delete