Friday, September 22, 2017

Buka ladang lebih baik daripada makan gaji

Buka ladang lebih baik daripada makan gaji
Pelajar pelajar Kolej Universiti Agrosains Malaysia mengadakan lawatan ke Laboo Agro Farm.
(Ubah saiz teks)
MEMPUNYAI ilmu perladangan bukan sahaja mampu membuatkan seseorang itu mampu meneroka kerjaya sendiri, ia sebaliknya lebih baik daripada bekerja makan gaji.

Itu yang diakui oleh pelajar Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM), Basyaruddin Ali, 23, yang berjaya membuka ladang sendiri setelah mendapat sambutan hebat daripada pelanggan.

Menurut Basyaruddin, berjaya mengubah nasib hidupnya setelah ilmu keusahawan perladangan yang dipelajarinya ditukarkan kepada perniagaan.
"Dengan ilmu kemahiran yang ditimba dan latihan amali yang dilalui, pelajar perladangan ini boleh membuka ladang sendiri.

"Bekerja sendiri bukan sahaja membolehkan saya merancang dan menentukan hala tuju perniagaan menurut acuan sendiri malah apabila telah berkembang maju, malah ia membuka peluang pekerjaaan kepada orang lain juga. Disamping itu, itu adalah lebih baik daripada makan gaji," katanya.

Menurut Basyaruddin lagi minatnya dalam perniagaan berputik sejak melanjutkan pelajaran kerana percaya dengan berniaganya mampu membaiki kualiti kehidupan kerana yakin ia boleh membawa beliau lebih ke depan dan berdaya saing.

"Bidang keusahawanan ini tidak semestinya berpandukan kepada kebolehan kerana apa yang penting adalah semangat dan sokongan keluarga serta orang sekeliling dan juga modal yang setimpal untuk satu-satu perniagaan yang hendak dilakukan.

"Ketika rakan lain sibuk mencari kerja selepas menamatkan pengajian, saya terus mencari dan mengali ruang untuk fokus pada perniagaan perladangan kerana dari sini ia mampu di dalam membantu ekonomi negara tidak kiralah ianya berupa perniagaan kecil-kecilan dan sederhana atau yang sudah dikenali," katanya lagi.
Basyaruddin ketika di ladang miliknya.
Basyaruddin juga bercadang untuk meluaskan lagi perniagaan beliau dengan membuka Laboo Agro Farm.

"Di sepanjang perjalanan mengharungi dunia perniagaan, saya rasa syukur kerana diberikan keuntungan dalam perniagaan ini dan ia juga merupakan salah satu cara di dalam memberikan saya motivasi untuk terus aktif lagi dalam bidang perniagaan perladangan. Malah untuk perancangan masa depan, saya ingin terus aktif dalam perniagaannya.

"Saya tidak bercadang untuk berniaga separuh jalan kerana selepas mendapat sambutan menggalakkan, saya juga merancang untuk mengembangkan perniagaan ini. Nasihat saya, selaku lepasan graduan kepada golongon siswa, anda perlu berani mencuba bidang perniagaan dan keusahawanan," ujarnya lagi.

No comments:

Post a Comment