Thursday, September 21, 2017

Jahil anggap Malaysia negara Islam, kata tokoh di sebalik Rukun Negara

 | September 21, 2017
Khoo Kay Kim berkata agama rasmi tidak bermakna negara Islam, tetapi untuk menunjukkan Islam agama utama.
Khoo-Kay-Kim-rukun-negara-malaysia 
PETALING JAYA: Salah seorang tokoh yang menjadi sebahagian daripada kumpulan pengasas prinsip Rukun Negara berkata mereka yang merujuk Malaysia sebagai negara Islam adalah jahil mengenai sejarah negara, Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.

Prof Khoo Kay Kim memetik hujah yang kerap dibangkitkan untuk menangkis pendapat Malaysia sebuah negara sekular, iaitu dengan merujuk perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan dan juta prinsip “Kepercayaan Kepada Tuhan” dalam Rukun Negara.
Menurutnya, prinsip itu adalah kerana majoriti rakyat Malaysia mempunyai agama.

“Mereka mungkin orang Islam, Kristian, Buddha, atau Hindu tetapi mereka mempunyai agama dan oleh itu mereka percaya kepada Tuhan, jadi jawatankuasa itu mencadangkan prinsip pertama itu,” kata sejarawan terkenal itu kepada FMT.

“Jadi benar, telah dipersetujui yang Malaysia tidak menjadi negara sekular tetapi juga bukan negara Islam.”
Bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor baru-baru ini berkata gagasan Malaysia yang dicadangkan 5 dekad lalu tidak berniat menjadikannya negara Islam.

Menurut Rahim, agama adalah isu utama yang dibincangkan oleh Suruhanjaya Cobbold, badan yang dibentuk bersama oleh kerajaan British dan Tanah Melayu pada 1962 untuk menilai pandangan rakyat mengenai gagasan Malaysia.

“Semua rakyat di Borneo, tanpa mengira kaum dan agama, tidak mahu agama rasmi untuk persekutuan baharu itu. Permintaan itu munasabah. Lagipun, terdapat banyak negara yang mempunyai majoriti orang Islam di dunia tetapi tidak menjadikan Islam sebagai agama rasmi mereka, seperti Mesir dan Indonesia yang mempunyai penduduk Islam paling ramai,” katanya.

Khoo merupakan antara ahli jawatankuasa ditugaskan pada awal 70-an untuk membincangkan falsafah kebangsaan, yang kemudiannya membentangkan cadangan 5 prinsip Rukun Negara kepada Majlis Rundingan Kebangsaan (NCC).
Beliau berkata sementara Islam dijadikan agama rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan, ia tidak menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.

“Apabila sebarang majlis penting diadakan, doa orang Islam akan dibacakan.
“Itu dan juga kenyataan bahawa Islam adalah agama utama negara ini, itu yang dimaksudkan apabila Islam dinyatakan sebagai agama rasmi,” katanya.
Beliau berata masalah di Malaysia adalah kebanyakan rakyat Malaysia tidak memahami maksud perlembagaan itu dan tidak berpengetahuan dalam undang-undang.

“Kita juga mempunyai prinsip rukun undang-undang. Tetapi kebanyakan rakyat Malaysia tidak berpengetahuan dalam undang-undang dan tidak dapat membezakan antara undang-undang dan cakap-cakap umum.
“Ini disebabkan oleh pendidikan yang tidak menitikberatkan undang-undang. Jadi anak muda tidak memahaminya.”

Beliau menuduh ahli politik yang berusaha menguatkuasakan undang-undang Islam untuk dilaksanakan sebagai tidak memahami konsep pengasingan kuasa.
“Konsep demokrasi pun adalah sesuatu yang orang tidak tahu,” katanya.
“Sebuah demokrasi bermaksud kerajaan terdiri daripada rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat.

“Ahli Parlimen adalah untuk berkhidmat kepada orang awam tetapi mereka fikir mereka pemimpin dan orang awam tidak boleh mengkritik mereka.
“Apabila Inggeris mentadbir dahulu, tahukah kamu gabenor akan mengakhiri sendiri surat kepada rakyat? Beliau akan menandatangan sebagai ‘Saya yang menurut perintah’.” FMT

1 comment:

  1. Assalamualaikum wr wb. Saya Sangat berterimah kasih kepada KI RONGGO LAWE
    berkat semua bantuan yg diberikan saya sdh buka usaha dan memiliki
    beberapa Restoran ternama di Surabaya mengatakan ”Saya dulu seperti
    orang gila, bahkan hendak bunuh diri, usaha saya ditipu sahabat karib
    dan membawa lari semua uang saya. Saya pun harus menanggung hutang
    supplier dari usaha kontraktor yang dibawa lari teman saya. Kesana
    kemari minta bantuan gak ada yang nolong. Bahkan saya sudah keliling
    Indonesia untuk mendapatkan atau mencari pinjaman dan dana gaib, tapi
    untung di ujung keputus asa’an saya bertemu dgn KI RONGGO LAWE yang
    dikenalkan oleh adik ipar saya, akhirnya bliau menawarkan bantuan Dana
    Gaib tanpa tumbal/resiko diawal ataupun akhir dan dari golongan
    putih.setelah persyaratanya dilengkapi dan ritual selesai, MENGEJUTKAN
    !!!, saya mendapatkan dana gaib sebesar 700jt dihadapan saya.
    kalau mau seperti saya hubungi KI RONGGO LAWE Tlp/Sms : 0853-1403-1099 atau KLIK DISINI
    solusi tepat salam sukses.


    INILAH JENIS MACAM PESUGIHAN DAN BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D.....


    >PESUGIHAN TUYUL| PELARIS USAHA
    >PESUGIHAN UANG GAIB
    >PESUGIHAN JIN KHODAM
    >PESUGIHAN ASMA
    >PESUGIHAN UANG SEPASANG
    >PESUGIHAN UANG BALIK
    >PESUGIHAN JUAL JANIN
    >PESUGIHAN PUTIH TAMPA TUMBAL
    >PESUGIHAN NIKAH JIN
    >PELARISAN DAGANG

    ReplyDelete