Tuesday, September 19, 2017

Nor Yakcop letak jawatan dari Khazanah

 | September 19, 2017
Bekas menteri kewangan itu merupakan antara saksi yang memberi keterangan pada RCI mengenai kerugian Bank Negara baru-baru ini.
nur-muhammad-yakubPETALING JAYA: Tan Sri Nor Mohamed Yakcop hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai timbalan pengerusi Khazanah Nasional berkuatkuasa akhir bulan ini.

Menurut kenyataan syarikat pelaburan milik kerajaan itu hari ini, Nor mengemukakan surat peletakan jawatan daripada Lembaga Pengarah Khazanah dan juga sebagai pengerusi Khazanah Research Institute, berkuatkuasa 30 September ini.

Nor, 70, merupakan bekas penasihat kepada gabenor Bank Negara Malaysia, dan juga berkhidmat sebagai menteri kewangan di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau juga dilantik menteri di Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri dari 2009 hingga 2013.

Beliau merupakan anggota Lembaga Pengarah Khazanah paling lama berkhidmat, dan merupakan satu-satunya timbalan pengerusi Khazanah sejak ditubuhan lebih 2 dekad lalu.
Dalam respon dipetik kenyataan Khazanah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan kepada Nor.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop atas sumbangan beliau kepada Khazanah, terutamanya peranan beliau dalam pelaksanaan Program Transformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan berjangka 10 tahun yang diterajui oleh Jawatankuasa Putrajaya bagi Prestasi Tinggi GLC.
“Lembaga Pengarah Khazanah menerima keputusan Tan Sri Nor dan mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau,” kata Najib.

Nor merupakan antara saksi yang dipanggil untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian aktiviti perdagangan mata wang asing yang dialami BNM pada 1990-an.

Dalam keterangannya, Nor berkata beliau turut bertanggungjawab di atas kerugian berbilion dolar itu dan berkata perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad tidak terlibat dalam urusan itu.

Keterangan Nor itu mengundang kritikan ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Puad Zarkashi, yang berkata Nor cuba melindungi Dr Mahathir

No comments:

Post a Comment