Wednesday, September 20, 2017

Serangan asid tiada kaitan tindakan keganasan

Serangan asid tiada kaitan tindakan keganasan
Gambar kombinasi menunjukkan keempat-empat pelajar warga AS terbabit yang menjadi mangsa serangan asid di Marseille.
PARIS - PERANCIS. Polis Perancis mengesahkan serangan asid yang mencederakan empat pelajar kolej warga Amerika Syarikat (AS) di Marseille tidak dianggap sebagai serangan pengganas.

Ketika kejadian kelmarin, seorang wanita berusia 41 tahun bertindak menyembur asid pada wajah kesemua mangsa, Courtney Siverling, Charlotte Kaufman, Michelle Krug dan Kelsey Kosten yang berada di stesen kereta api pelabuhan Marseille.

"Suspek diberkas serta-merta di lokasi kejadian. Kami percaya dia mungkin ada masalah kesihatan mental berdasarkan rekodnya.
"Jadi, serangan itu jelas tiada kaitan tindakan keganasan. Dua daripada mereka  melecur," menurut polis.

Sementara itu, jurucakap pejabat pendakwa raya Marseille memaklumkan suspek tidak membuat sebarang ancaman ekstremis ketika serangan tersebut.
Difahamkan, tiga daripada mereka adalah pelajar program Kolej Boston manakala seorang lagi adalah penuntut Copenhagen Business School di Denmark, lapor Agensi.
Sinar Harian

No comments:

Post a Comment