Friday, October 13, 2017

Kita akan halau Jamal jika tak mohon permit, kata MBPJ

 | October 12, 2017
Datuk bandar berkata mana-mana pihak yang ingin berniaga di himpunan Sabtu ini perlu dapatkan permit terlebih dahulu.
Datuk-Mohd-Azizi-Mohd-Zain
PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menghalau Datuk Seri Jamal Md Yunos sekiranya beliau meniaga tanpa permit di himpunan Pakatan Harapan Sabtu ini.
Datuk Bandar Datuk Mohd Azizi Mohd Zain berkata Jamal belum memohon permit daripada MBPJ.

“Penguatkuasa kita akan halau dia keluar. Kalau nak niaga ikut suka tak boleh. Kita ada peraturan,” katanya kepada FMT.
Selain berpolitik, Jamal juga seorang peniaga yang menjalankan perniagaan ikan harga ekonomi di Sekinchan, Ampang dan Pandan.

Jamal dilaporkan ingin meniaga ikan di Padang Timur Sabtu ini, yang akan menjadi lokasi tunjuk perasaan “Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi”.
Ketua Umno Sungai Besar itu berkata beliau tidak mahu mengganggu acara itu, dan akan melakukan jualan bermula tengah hari. Polis bagaimanapun menasihatkan Jamal untuk tidak mencetuskan provokasi.

Azizi berkata peraturan dikenakan ke atas semua orang yang mahu berniaga pada hari tersebut. Padang Timur dikatakan boleh menampung 10,000 orang.
“Orang luar nak niaga kena dapatkan permit,” katanya.
FMT sedang mendapatkan respon Jamal.
FMT

No comments:

Post a Comment