Wednesday, October 18, 2017

Tiada baju, seluar untuk dipakai

Tiada baju, seluar untuk dipakai
Abdul Halim bergambar bersama anak pelarian Rohingya (Gambar kiri). Ramai anak pelarian Rohingya yang masih kekurangan pakaian (Gambar kanan)
(Ubah saiz teks) 
 
GEORGETOWN – Bukan tidak suka berpakaian, tetapi tiada baju dan seluar hendak dipakai kerana tiada wang untuk membelinya.

Itulah keadaan ratusan anak pelarian Rohingya yang dapat dikongsi tiga ahli Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan) yang menyertai misi kemanusiaan membantu pelarian Rohingya di Decca, Bangladesh.

Pasukan misi kemanusiaan SINAR4ROHINGYA itu, diketuai Bashir Abd Ghani daripada Haluan Cawangan Pahang, Abdul Halim Khudri dan Utbah Shafie (Haluan Cawangan Pulau Pinang) selamat tiba di Dhaka untuk meneruskan misi kemanusiaan pada 15 Oktober lalu.

Sebelum tiba di kem pelarian Balukholi, pasukan itu mengambil kesempatan singgah di Madrasah Taalimu Quran, yang dikendalikan oleh rakyat Bangladesh untuk melihat sistem pembelajaran di sana.


Difahamkan, madrasah yang serba kekurangan itu mempunyai 200 murid peringkat sekolah rendah dengan tujuh guru yang mengajar secara sukarela.
Abdul Halim berkata, walaupun keadaan sekolah mereka tidak selesa, namun muridnya kelihatan ceria dan bersemangat belajar.

“Sebagai tanda sokongan kepada usaha gigih pengurusan madrasah, pihak Haluan telah menyampaikan sedikit sumbangan kewangan dan ole-ole untuk setiap murid di madrasah tersebut.

“Di kesempatan ini, kami mohon agar rakyat Malaysia teruslah menyumbang dan menganjurkan program perkongsian pengalaman di organisasi atau tempat masing-masing,” katanya

No comments:

Post a Comment