Friday, December 15, 2017

Ibrahim Ali ucap ‘selamat maju jaya’ kepada ahli Perkasa sertai PKR

 | December 14, 2017
Veteran politik itu berkata ahli Perkasa bebas memilih parti dan ada ahli yang menyertai parti seperti PPBM, PAS atau Umno.
Ibrahim-Ali-kepada-ahli-Perkasa-sertai-PKRPETALING JAYA: Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mengucapkan “selamat maju jaya” kepada 35 ahli Perkasa yang menyertai PKR hari ini.
Veteran politik itu berkata ahli gerakan hak Bumiputera itu bebas memilih parti dan ada ahli Perkasa yang menyertai parti seperti PPBM, PAS atau Umno.
“Tidak ada apa yang perlu dihebohkan mengenai pengumuman bekas ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris menyertai PKR,” katanya kepada FMT, menyifatkan ia perkasa biasa.

“Tiada apa-apa kesan kepada perjuangan Perkasa. Mungkin beliau di janjikan sebagai calon PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Selamat maju jaya buat mereka.”

Beliau berkata demikian selepas PKR mengumumkan penyertaan Irwan dan 34 ahli Perkasa hari ini kerana mahu melawan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Pada sidang media hari ini, Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin berkata partinya terbuka kepada mana-mana pihak, selagi mereka percaya dengan agenda reformasi.

Sementara itu, Ketua Wira Perkasa Burhanuddin Ruslan berkata gerakan hak Bumiputera itu tidak menghalang ahli menyertai atau menukar parti politik, kerana mereka berhak membuat keputusan itu.

Menurut beliau, lebih 50% ahli lelaki dalam Perkasa adalah ahli Wira dan majoritinya tidak berparti. “Selebihnya baru beberapa tahun bersama Umno dan sebahagian darinya telah bertukar politik.”

“Mungkin sesetengah pimpinan parti politik mengambil pendekatan mendekati pemimpin Wira Perkasa dan ahli-ahlinya kerana menganggap penting bagi partinya.”

Burhanuddin menambah ahli berparti boleh terus kekal dalam barisan pimpinan Wira semua peringkat selagi mereka selari dengan perjuangan Perkasa.
“Kita boleh buktikan walau berlainan parti, tapi boleh duduk semeja demi Islam, Melayu dan Bumiputera,” katanya, dan menambah Perkasa kekal berkecuali dalam menentukan hala tuju perjuangan.

“Jadi siapa sahaja tanpa mengira parti boleh bersama pimpinan Wira Perkasa semua peringkat. Hanya tidak gunakan Wira Perkasa untuk kepentingan parti masing-masing cukuplah.”
FMT

3 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. ayo bergabung diajoqq , silakan coba keberuntungan anda disini dan menangkan ratusan juta rupiah,hadiah menantikan
    anda silakan bergabung invite pin bb#58cd292c

    ReplyDelete
  3. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab14f5

    ReplyDelete