Friday, December 15, 2017

Israel tutup lintasan ke Semenanjung Gaza

Israel tutup lintasan ke Semenanjung Gaza
Gambar hiasan
GAZA - PALESTIN. Pihak berkuasa rejim Israel pada awal Khamis menutup beberapa lintasan ke Semenanjung Gaza bagi menghalang pergerakan orang ramai dan barangan, lapor agensi berita Jordan (Petra).

Ketua Jawatankuasa Penyelarasan bagi kemasukan barangan di Semenanjung Gaza, Raed Fattouh, dalam satu kenyataan menyebut pihak Israel telah memaklumkan penduduk Palestin berkaitan tindakan menutup sepenuhnya lintasan komersial Karam Abu Salem.

Karam Abu Salem merupakan satu-satunya lintasan bagi membawa masuk barangan komersial, bantuan kemanusiaan dan minyak ke Semenanjung Gaza.

Jurucakap tentera Israel berkata lintasan komersial Karam Abu Salem yang dikhaskan untuk barangan di bahagian selatan semenanjung itu, dan lintasan Beit Hanoun (Erez) bagi individu di utara Semenanjung Gaza akan kekal ditutup, bermula pagi Khamis sehingga diberitahu kemudian.

Penutupan lintasan tersebut adalah sebagai respons kepada serangan roket yang dilancarkan dari kawasan terkepung, kata jurucakap itu. - Bernama

3 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. ayo bergabung diajoqq , silakan coba keberuntungan anda disini dan menangkan ratusan juta rupiah,hadiah menantikan
    anda silakan bergabung invite pin bb#58cd292c

    ReplyDelete