Saturday, December 16, 2017

Isteri dikerat, dibakar suami kerana minta kereta

Kerana minta kereta, isteri dikerat, dibakar suami
M Kholili Enton (tengah) bersama Siti Saidah. - Foto sumber Facebook/Liputan6
JAKARTA - INDONESIA. Seorang wanita menjadi mangsa bunuh, kerat dan bakar suaminya yang tidak tahan dengan mangsa yang kerap meminta dibeli mobil (kereta).

Laporan Liputan6 mengatakan M Kholili Enton mengatakan isterinya Siti Saidah kerap meminta membeli sesuatu.
"Malah dia (mangsa) ada sasarannya. Dia sasar Disember ini perlu beli kereta," kata Kholili kepada Suara.com.

Kata Kholili, dia hanya mampu memujuk isterinya dan mahu menyewa kereta dan tidak mahu membeli.
Kholili mendakwa, pujukannya membuat isterinya bertambah marah dan mangsa mula menghina suspek, termasuk ibu bapa suspek.

"Saya cuma bekerja sebagai office boy (kerani). Gaji saya cuma RP3.8 juta (RM1,143), tak mampu beli kereta," luah Kholili.
Perselisihan faham antara Kholili dan Siti Saidah memuncak pada Selasa lepas apabila Kholili membuat keputusan membunuh mangsa.
Mayat mangsa kemudian dikerat kepada tiga bahagian iaitu di bahagian kepala, badan dan kaki menggunakan parang.

Seterusnya, bahagian kepala dan kaki mayat mangsa dibuang di Tegalwaru, sementara badan mangsa pula dibuang di Desa Ciranggon pada hari sama.
Bagaimanapun, suspek yang risau kembali ke tempat-tempat buangan mayat keesokan harinya dan membakar anggota-anggota tersebut.
Menurut polis, Kholili membuat laporan kononnya isterinya hilang.

Polis bagaimanapun menyoal siasat suspek kerana curiga dengan maklumat yang diberikan.
Hasil siasatan, polis menemui senjata dan peralatan yang digunakan dalam pembunuhan dan proses mengerat mangsa.

Bahagian-bahagian mayat mangsa pula ditemui oleh penduduk tempatan di lokasi-lokasi terlibat.
Kholili kini berhadapan dakwaan membunuh dan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup jika disabitkan kesalahan.

1 comment:

  1. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab14f5

    ReplyDelete