Friday, December 15, 2017

Pemuda PKR gesa tubuh RCI siasat Maika, anak syarikat MIC

 | December 15, 2017
Puluhan ribu pemegang saham terdiri daripada masyarakat India tidak mendapat pulangan pelaburan dalam skandal 1980-an itu.
maika_sahan_india_600
PETALING JAYA: PKR hari ini menggesa sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kehilangan saham Maika Holdings Berhad (Maika Holdings), sebuah anak syarikat MIC yang terpalit dengan skandal melibatkan dana bernilai lebih RM100 juta yang dilaburkan masyarakat India.

Ini kerana ramai pemegang saham syarikat itu tidak mendapat pulangan pelaburan dan kebanyakannya kehilangan wang mereka, kata Exco Pemuda PKR, A Kumaresan.

“RM106 juta daripada hampir 66,400 pemegang saham yang terdiri daripada pekerja ladang dan kumpulan berpendapatan rendah melaburkan wang ke dalam saham ini dengan mengeluarkan simpanan dan mengutip barang kemas keluarga mereka.

“Bagaimanapun, pegangan saham Maika tidak dilaksanakan seperti yang diharapkan,” kata Kumaresan.
Maika Holdings ditubuhkan pada 1982 oleh presiden ketika itu, Tun Samy Vellu, bagi membolehkan kaum India mendapat bahagian dalam pertumbuhan ekonomi negara dan membantu meningkatkan taraf hidup.

Bagaimanapun, Kumaresan berkata ada pelabur yang muflis kerana tidak dapat membuat bayaran pinjaman di bank untuk membeli saham.
“Kami menggesa kerajaan menubuhkan RCI untuk menyiasat punca kehilangan saham Maika,” katanya

3 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. ayo bergabung diajoqq , silakan coba keberuntungan anda disini dan menangkan ratusan juta rupiah,hadiah menantikan
    anda silakan bergabung invite pin bb#58cd292c

    ReplyDelete
  3. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab14f5

    ReplyDelete