Monday, December 11, 2017

Perhimpunan Umno jadi medan belasah Harapan

PAU2017
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Persidangan Agung Umno 2017  hanya  menjadi medan memburukkan Pakatan Harapan.
Ketua Penerangan Wanita Pakatan Harapan, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, Umno sudah kehabisan modal menjadikan platform persidangan itu sebagai talian hayat meyakinkan ahli bahawa parti itu masih terbaik.

Menurutnya, adalah sangat malang, ruang dan platform yang sebesar, malah sepenting perhimpunan agung itu seharusnya dimanfaatkan untuk muhasabah jujur pentadbiran Umno  selama lebih 60 tahun, tetapi akhirnya dijadikan acara setaraf gosip,  mencerca  termasuk meratibkan 'doa-doa laknat' kepada lawan politik.

“Jelas Umno terus mengamalkan politik ampu dan kipas sehingga menenggelamkan realiti sosio-ekonomi negara yang semakin rosak dan merudum teruk.

"Dengan kos hidup rakyat yang semakin meningkat, nilai mata wang ringgit Malaysia yang terus jatuh, subsidi rakyat yang dirampas, peluang pekerjaan tidak diurus baik, harta kekayaan negara yang terus dirompak oleh rejim kleptokrasi  
“Lebih teruk apabila perhimpunan kali ini akhirnya menjadi medan mengkritik, memalukan dan merendah-rendahkan tahap intelektual rakyat, khususnya dalam kalangan artis tanah air,” katanya, semalam.

1 comment:

  1. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab14f5

    ReplyDelete