Monday, January 22, 2018

10 Tahun lelaki ini tinggal di bawah jambatan sebab jalani 'Ritual' untuk memenangi loteri

Jalani 'Ritual' Menangkan Lotere, Pria Ini Rela 10 Tahun Tinggal di Kolong Jembatan
Wang Chengzhou
 
Ramai orang  mempercayai hal mistik untuk mendapatkan undian loteri.
Dipetik dari South China Morning Post, seorang lelaki, Wang Chengzhou (49) nekat hidup   di bawah jambatan persimpangan jalan Chongqing  di China barat daya selama 10 tahun.

Sebenarnya Wang  bukan seorang gelandangan.
Dia pernah bekerja sebagai petugas konstruksyen dan bangunan.
Dia juga mempunyai keluarga, rumah dan harta lainnya di kampung halamannya di Sichuan.

Wang sedang menjalani ritual.Ritual yang dimaksud ialah mempelajari algoritma nombor undian loteri.
Jadi setiap harinya Wang mempelajari dan memahami nombor-nombor loteri yang akan keluar.
"Saya telah menguasai algoritma loteri,"
"Saya suka memikirkan nombor undian dalam kegelapan sepenuhnya di pagi hari dari jam 2 pagi sampai jam 5 pagi dan saya menghabiskan sekitar 2,000 yuan  sebulan untuk membeli tiket loteri," kata Wang.

Wang bahkan menulis kaedah 'ritual' nombor loterinya sebanyak 4 buku tentang bagaimana cara memenangi loteri.
Sedangkan untuk memenuhi keperluannya sehari-hari ,Wang bekerja separuh waktu di pejabat pos.

Selebihnya ia selalu memikirkan cara memenangi loteri.
Wang datang ke Chongqing pada tahun 2007 setelah pulih dari patah tulang paha yang dideritanya dalam kemalangan di lokasi konstruksi di Xian di Wilayah Shaanxi.

Setelah sembuh ia minta izin  keluarganya untuk pergi ke Yunnan untuk pekerjaan konstruksi namun sebaliknya ke Chongqing.
Ibu Wang juga tidak tahu yang anaknya malah meneliti nombor undian loteri.
Sedangkan seorang pegawai pejabat   pos mengesahkan bahwa Wang telah bekerja di sana selama dua tahun terakhir, namun baru saja berhenti.

"Saya tahu dia membeli dan meneliti tentang nombor undian, tapi saya tidak pernah mendengar dia menang sekali," katanya.
Zhou De, seorang guru matematik di Universiti Sichuan, mengatakan : "Nombor undian dibuat secara acak. Hampir tidak mungkin untuk menghitung algoritma nombor undian terlebih dahulu."

Tak tahu sampai bila Wang akan melakukan 'ritual'nya ini, berharap ia akan menang loteri.

No comments:

Post a Comment