Tuesday, January 23, 2018

‘Buletin Utama fitnah saya’ - Anwar

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR -  Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Stesen Televisyen TV3 melalui Buletin Utama menyiarkan sedutan 6000 salinan surat misteri yang mendakwa bahawa Anwar dan peguamnya mendiang Karpal Singh menyogok badan kehakiman dan pendakwa raya.

Anwar, 71, laporan berita adalah susulan sidang media yang dibuat bekas calon BN Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail, kononnya sejumlah  RM50 ribu dikeluarkan bagi menyogok hakim dan pendakwaraya dakam kes liwatnya.
Menjawab soal balas peguam TH Liew yang mewakili TV3, Anwar berkata beliau tidak menonton siaran berita yang disiarkan stesen televisyen tersebut, namun dimaklumkan oleh peguamnya mendiang Karpal Singh.

Tambahnya TV3  tidak menghubungi untuk mengesahkan isu tersebut dan berulang kali menyiarkan dakwaan fitnah itu.
"Media harus bertanggung jawab dalam mencari kebenaran dan tidak mengulangi atau menyebarkan fitnah atau membantu orang lain menyebarkan fitnah."katanya.

Anwar memfailkan saman itu pada 15 Oktober 2015 dengan menamakan Mazlan, TV3 dan Utusan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketiga atas dakwaan memfitnah beliau dengan mengaitkannya terlibat dengan rasuah membabitkan badan kehakiman dan pejabat peguam negara.

Sementara itu, menjawab soalan peguam Azhar Arman Ali yang mewakili akhbar Utusan Malaysia, bekas Ketua Umum PKR itu mengesahkan akhbar berkenaan tidak menyatakan jumlah wang sogokkan RM50 juta berkenaan.

“Utusan tidak menyatakan dengan spesifik jumlah RM50 juta itu dan hanya menjelaskan bahawa dakwaan rasuah secara umum,"jelasnya.
Sebaliknya beliau berkata jumlah tersebut dimaklumkan Karpal selepas mengikuti Buletin Utama yang menyiarkan sidang media yang dibuat bekas calon Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail.

“Selepas Karpal merujuk perkara itu dengan saya, kami berbincang mengenai perkara itu dan saya bersetuju dengan deraf yang disediakan Karpal sebelum membuat laporan polis,” katanya.
Sementara itu, Anwar tidak bersetuju dengan saranan peguam itu bahawa karier politik tidak terjejas dengan penerbitan artikel fitnah tersebut.

Dalam saman itu beliau mendakwa Mazlan mengadakan sidang media yang mengandungi perkataan fitnah yang serius dan berniat jahat membawa maksud beliau seorang yang tidak beretika, terlibat dalam rasuah, melakukan aktiviti berunsur jenayah, tidak jujur dan tidak bermoral.

Anwar menuntut ganti rugi am, teruk, dan teladan serta perintah injunksi yang menghalang defendan daripada mengulangi atau menyiarkan semula perkataan fitnah itu.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Faizah Jamaludin bersambung Khamis ini

1 comment: