Friday, January 19, 2018

Ezam sah mahu bertanding di Shah Alam, Khalid mahu penjelasan

 | January 19, 2018
Bekas senator dan ketua Pemuda Keadilan itu kini mengetuai NGO Hisbah Malaysia yang memperjuangkan isu salah guna kuasa dan penyelewengan.
VIDEO INSIDE
Mohamad-Ezam-Mohd-Nor_undi_600
KUALA LUMPUR: Bekas senator dan ketua Pemuda Keadilan Datuk Ezam Mohd Noor mengesahkan akan bertanding di Parlimen Shah Alam pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sebagai calon bebas.

Katanya, beliau akur dengan keputusan NGO yang diketuainya, Hisbah Malaysia, mempertaruhkan beliau melawan calon Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan PAS di kerusi majoriti Melayu itu.

“Sebab apa, itu semua nanti saya akan maklum selepas Parlimen dibubarkan,” katanya kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
“Fokus kita untuk bawa isu salah guna kuasa dan harta negara, jadi Shah Alam adalah medan terbaik untuk kita sampaikan mesej kepada rakyat,” katanya kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Ezam menepis dakwaan penyertaan beliau akan memecahkan undi Pakatan Harapan.
“Saya juga boleh kata saya boleh pecah undi Umno sebab saya lama dalam Umno,” katanya.

Setiausaha Hisbah Malaysia Abdul Ghani Haroon mengumumkan penyertaan Ezam dalam satu kenyataan semalam. Ini merupakan kali kedua Ezam mencuba nasib di Shah Alam, selepas ditewaskan calon BN Datuk Mohd Zin Mohamed dengan majoriti tipis 1,440 undi pada pilihan raya 1999.

Dalam perlawanan itu, Ezam meraih 34,411 undi berbanding 35,851 undi dimenangi BN.
Kerusi Shah Alam sekarang ini diduduki wakil rakyat Amanah, Khalid Samad.

4 penjuru kerana Ezam
Khalid memberitahu FMT penyertaan Ezam akan menyebabkan pertandingan 4 penjuru di Shah Alam. Pemerhati menjangkakan pertandingan pelbagai penjuru akan memberi kelebihan kepada BN.

“Sama ada dia nak bantu PH, nak menyukarkan PH atau mungkin dia ada agenda tertentu, dia kena jelaskan. Dia kena yakinkan pengundi Shah Alam bahawa tindakan dia adalah wajar dan munasabah,” katanya kepada FMT.

“Terpulang kepada dia…hak dia…sistem demokrasi tetapi orang akan pertikai tujuan dan matlamat sebenar di sebalik tindakan dia.
Selain Ezam, antara nama lain yang diuar-uarkan mahukan kerusi Amanah itu ialah timbalan presiden PKR sendiri, Datuk Seri Azmin Ali.

Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei berkata Azmin boleh bertanding di mana-mana kawasan Parlimen di negeri itu kerana beliau adalah pengerusi Pakatan Harapan negeri.

“PKR ada pengalaman bertanding di Parlimen Shah Alam pada 1999 dan mencipta sejarah menurunkan undi majoriti Umno-BN kepada hanya 1,440 undi sahaja.

“Sebelum itu, Umno menang dengan majoriti lebih 40,000 undi. Jadi, Shah Alam bukanlah kawasan baru pada kita,” katanya.
Pada PRU13, Khalid memenangi kerusi itu atas tiket PAS, menewaskan calon BN Datuk Zulkifli Noordin dengan majoriti selesa 10,939 undi.

No comments:

Post a Comment