Thursday, January 18, 2018

Mahfuz mohon maaf kepada Sultan Pahang

Mahfuz Omar
Mahfuz.
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar memohon maaf kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah seandainya ucapannya tempoh hari menyinggung pihak istana.

Memetik laporan Malaysian Insight hari ini, Mahfuz dipetik sebagai berkata, beliau secara peribadi tidak berniat untuk menghina Baginda.
"Saya tiada niat untuk menghina atau memperkecilkan Sultan Ahmad Shah dalam ceramah saya.

"Saya hanya bercakap mengenai (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) dan bagaimana faktor umur tidak boleh digunakan untuk menolaknya sebagai calon perdana menteri," katanya.

Mahfuz berkata, beliau telah menjadikan contoh Sultan Ahmad Shah untuk menunjukkan bahawa walaupun sakit dan berusia, baginda terus memerintah.
"Sekiranya ini tindakan yang menghina, saya memohon maaf kepada Sultan dan Pemangku," katanya.

Kenyataan Ahli Parlimen Pokok Sena itu dibuat selepas Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah murka dan tersinggung dengan tindakan pihak yang menghina dan menularkan rakaman video ayahanda baginda di media sosial.
Sebelum ini, beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Mahfuz berhubung penularan ceramahnya itu.

No comments:

Post a Comment