Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, hudud bukan sebahagian RUU 355 dibawakan PAS bagi memperkasakan undang-undang syariah.
PETALING JAYA: PAS berkata, tiada keperluan membincangkan cadangan
menggunakan khidmat pakar bedah untuk menjalankan hukuman punitif potong
tangan di bawah hudud, selepas saranan kerajaan Kelantan dikecam
komuniti perubatan.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu FMT,
perbincangan itu tidak relevan kerana tiada undang-undang sedemikian di
Malaysia ketika ini.
“Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan)
2016 yang belum lulus pun tiada peruntukan bagi melaksanakannya,”
katanya merujuk RUU 355 yang dibawakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang ke Dewan Rakyat sejak Mei 2016.
“Apa yang penting sebelum bincang siapa yang akan laksana, kena pastikan peruntukan undang-undangnya wujud dahulu.”
Baru-baru ini, beberapa doktor terkemuka ketika mengecam cadangan
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
menggunakan khidmat pakar bedah memotong tangan pencuri, berkata tugas
doktor ialah menyelamatkan nyawa, bukan sebaliknya.
“Dia patut tahu kerjaya perubatan kerjaya paling mulia di dunia dan
salah dari segi moral untuk mencadangkan tindakan kejam seperti itu
terhadap manusia atas nama agama,” kata Datuk Dr Ahmad Farouk Musa,
seorang pakar bedah kardiotorasik dan kini mengajar di Universiti Monash
Malaysia.
Dr Farouk yang turut mengetuai Islamic Renaissance Front berkata,
kerajaan Kelantan sepatutnya memfokuskan masalah lain di negeri itu
daripada bercakap mengenai rancangan yang belum dapat direalisasikan
seperti hudud.
Padar bedah Malaysia yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan
pengulas politik, Dr M Bakri Musa turut menolak cadangan Nik Amar dengan
menyifatkannya “bodoh”.
“Mereka berada dalam kedudukan memerintah dan untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi rakyat, tetapi mereka sibuk dengan perkara seperti
memotong tangan.”
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut
bersetuju Kementerian Kesihatan tidak akan membenarkan doktor
menjalankan hukuman punitif potong tangan.
“Pendirian kita pada 2015 kekal hari ini. Kementerian Kesihatan dan
Majlis Perubatan Malaysia sangat jelas dalam perkara itu,” katanya
kepada FMT Ahad lalu
Hukum Islam bagus tetapi komen yang kononnya berotak bijak menjadikan Islam terfitnah dalam kandamg orang salah
ReplyDeleteHukum Islam bagus tetapi komen yang kononnya berotak bijak menjadikan Islam terfitnah dalam kandamg orang salah
ReplyDeleteSaya sokong, tapi jangan lupa potong tangan pencuri balak itu juga ya.
ReplyDelete