Tuesday, January 23, 2018

PAS masih pertimbang sertai BN selepas PRU

 | January 23, 2018
Seorang AJK PAS Pusat berkata ia akan memilih parti yang serasi dengan "perjuangan Islam".
Azman-Ibrahim-pas-benderaPETALING JAYA: Seorang pemimpin PAS enggan menjawab sama ada PAS akan menyertai Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan dengan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum akan datang.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Azman Ibrahim berkata ia akan hanya diketahui selepas PRU, tetapi berkata PAS akan memilih rakan yang serasi dengan perjuangan PAS.

“Langkah ke seberang jambatan dulu baru kita bincang,” katanya dalam penulisan diterbitkan portal rasmi parti Harakahdaily, menjawab beberapa pertanyaan lazim mengenai hala tuju PAS.

Menurutnya, PAS membuat keputusan berdasarkan “dosa pahala” dan “adab-adab persahabatan”.
“PAS ada pertimbangan yang sangat matang serta cukup kenal, siapa yang lebih berminat dengan Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS. Tentunya kebaikan kepada rakyat dan negara adalah neraca utama yang menjadi ukuran PAS,” katanya.

Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pihaknya mendapati lebih senang mengadakan kerjasama dengan Umno di bawah Datuk Seri Najib Razak, berbanding ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.
“Kalau dulu zaman Dr Mahathir, dia hina Islam. Tutup aurat pun dia kata bukan agama suruh, tetapi adat saja. Dia tak nak kita laksanakan hukum Islam,” katanya dalam wawancara bersama Berita Harian awal bulan ini.

“Perdana menteri sekarang, kita boleh berbincang, kerana kita perlu kepada perubahan. Kalau zaman Mahathir, dia tak mahu fikir kita nak laksanakan Islam.”
PAS beberapa kali berkata ia akan meneruskan kerjasama dengan Umno “demi kepentingan ummah”.

Kedua-dua parti dilihat semakin mesra sejak muktamar 2015 yang menyaksikan kebangkitan pemimpin pro-Hadi dan pengusiran pemimpin yang mahu bekerjasama dengan PKR dan DAP

No comments:

Post a Comment