Friday, January 12, 2018

PH Sedia hadapi segala kemungkinan

Dr Mujahid Yusof Rawa
Dr Mujahid Yusof Rawa
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Pakatan Harapan (Harapan) sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku termasuklah merancang pelbagai strategi sekiranya blok pembangkang itu gagal bertanding di bawah satu logo pada PRU14.

Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, beberapa pelan telah dirangka di peringkat Majlis Presiden Pakatan Harapan bagi memastikan pengundi lebih peka bahawa gabungan itu terdiri daripada empat parti komponen iaitu Bersatu, Amanah, PKR dan DAP.

“Bertanding di atas satu logo seperti yang Harapan hasratkan sebelum ini adalah pelan terbaik untuk kita berhadapan dengan PRU14 kerana ia akan memudahkan para pengundi mengenali ke empat parti yang ada. Saya rasa kalau tercapai, sudah tentu ia menjadi mimpi ngeri kepada BN.

“Di sebabkan itu, Harapan lebih bersedia dengan segala kemungkinan apatah lagi, kita tahu kita sedang berdepan dengan BN yang akan menggunakan pelbagai taktik kotor termasuklah menghalang kita menggunakan satu logo,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), Surayati Ibrahim membuat kenyataan, setakat 8 Januari, pihaknya menerima sebanyak 428 aduan terhadap Bersatu.

Peningkatan aduan terhadap Bersatu, selain kemelut dalaman parti itu menjadi punca ROS sehingga kini, tidak dapat meluluskan permohonan Harapan bertanding di bawah satu logo dan mengiktiraf gabungan tersebut.
Mengulas mengenai perkara itu, Mujahid bagaimanapun mengakui skeptikal dengan alasan ROS tersebut.

“Saya sendiri tidak tahu apakah jenis aduan yang diterima. Adakah ianya menjejaskan atau sekadar aduan biasa? Itu saya tak pasti.

“Jadi saya masih skeptikal dengan alasan yang diberikan, adakah wajar kegagalan logo Harapan itu hanya disebabkan aduan yang diterima itu,” katanya.
Jelasnya, Harapan tidak akan berdiam diri, malah sentiasa mencari pendekatan yang bersesuaian bagi mengatasi masalah tersebut.
“Setelah kami memahami kaedah dan cara BN, kami memang telah bersedia dengan pelan-pelan yang selanjutnya.

“Peringkat Majlis Presiden akan memutuskan pelan yang bersesuaian sebagai pilihan lain sekiranya permohonan untuk gunakan satu logo itu tidak diluluskan yang saya kira ia hanya sekadar tindakan sengaja yang dibuat oleh ROS,” katanya

1 comment:

  1. Mohon dimaafkan sebelumnya....!! terpaksa sy ngeposting disini karna sy sudah mengalami skrg bagaimn rasanya tinggal di perantauan jd TKW. Anak dan suami di tinggal di kampung. Sy dulu 4 tahun 5 bulan tinggal di Taichung Taiwan.. hanya jeritan batin dan tetes air mata selalu menharap. tp tdk ada hasilnya sm sekali. Cuman gali lobang tutup lobang trus. dulu.. pengen pulang ke indo gaji tidak seberapa. Tetapi namanya juga rejeki itu tidak ada yg tau. Yg penting kita betul-betul yakin dan percaya Pasti ada jlan keluarnya. Halal tidaknya hanya tuhanlah yg menentukan. Kebetulan waktu itu sy istirahat di kamar buka facebook dapt nmor telpon Mbah Suroto di halaman tki sukses. setelah sy baca ternyata beliau murid Eyang Guru Jugo dari gunung kawi. dengan adanya Pesugihan Dana Ghaib ini dan Pesugihan Anka ghaib/Togel 2D sampai 6D pilihan..., sy memilih jalan Pesugihan Dana Ghaib saja karna tidak ada tumbal menumbal. alhamdulillah ternyata benar2 terbukti hasil nya dari Mbah. skrg sy bsa buka usaha kecil-kecilan di rumah.. ya allah terima kasih rejekimu ini yg enkau berikan. Mungkin ada teman pengen merubah nasib nya seperti sy. ini nomr nya Mbah Suroto +6282291277145 karna tidak ada salahnya kita berbagi. sy sudah merasakan manis pahitnya tinggal di perantauan. Trmksh

    ReplyDelete