Sunday, April 15, 2018

Bapa mengamuk tikam dua anak

Bapa mengamuk tikam dua anak
Gambar Hiasan
MANILA - FILIPINA. Gara-gara bertengkar dengan isteri, seorang bapa tergamak menikam hingga mati dua anak lelakinya.
Ariston Nacion, 42, dilaporkan bertengkar dengan isterinya di telefon, sebelum mengamuk lalu menikam dua anak lelakinya yang berusia 13 dan enam tahun.

Menurut laporan polis, mayat kedua-dua kanak-kanak malang itu ditemui di rumah sewa berkenaan dengan kesan tikaman berulang kali.
Suspek yang dikepung akhirnya ditembak mati oleh pihak polis kerana cuba menikam anggota yang mahu menahannya. - dpa

No comments:

Post a Comment