Tuesday, April 24, 2018

Bersatu akur pembahagian kerusi

24/4/18

Bersatu akur pembahagian kerusi

Calon Bersatu merakamkan gambar bersama selepas sidang media.
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Bersatu Selangor akur dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (Harapan) yang memperuntukkan tiga kerusi Parlimen dan sembilan kerusi Dun buat parti itu bagi menghadapi PRU14 tidak lama lagi.

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari berkata, pada peringkat awal, Bersatu sememangnya berhasrat untuk bertanding di 12 kerusi Dun di negeri itu namun selepas perbincangan lanjut, pihaknya akur dengan pemberian sembilan kerusi tersebut.
“Selepas perbincangan lanjut, ada di antara kerusi-kerusi yang disandang oleh BN turut mendapat minat oleh parti komponen Harapan yang lain.

“Majlis Presiden Harapan beranggapan Bersatu parti baharu dan kita tak cukup jentera dan sebagainya. Kita akur walaupun Bersatu sebenarnya mempunyai kira-kira 25,000 ahli di Selangor,” katanya ketika sidang media pengumuman calon-calon Bersatu Selangor, semalam.

Menerusi pengumuman itu, Bersatu mengumumkan bakal meletakkan calon mereka di tiga kerusi Parlimen dan sembilan kerusi Dun di Selangor pada PRU14 nanti.

Di samping itu, Abdul Rashid berkata calon-calon Bersatu yang akan bertanding di Selangor kesemuanya merupakan muka-muka baharu.
“Kalau ikut rekod semua muka baharu namun calon-calon ini mempunyai pengalaman politik masing-masing dan berkelayakan,” katanya.
Mengulas mengenai pencalonan beliau di kerusi Dun Selat Klang, Abdul Rashid berkata beliau optimis serta yakin dapat menawan kawasan itu dan meraih sokongan daripada pengundi di sana.

Tambahnya, beliau juga telah menetap di kawasan itu selama hampir 40 tahun dan turut dikenali oleh penduduk tempatan di sana.
“Masa saya dalam Umno dulu pun, saya banyak kenal orang di sana dan ada juga yang turut menyatakan sokongan walaupun dari parti berbeza,” katanya.

Calon PRU14 Bersatu Selangor:
PARLIMEN
P.092 Sabak Bernam
Kalam Salan
(naib ketua sabak bernam)
P.093 Sg Besar
Mohd Ashyraf Basri
P.095 Tanjung Karang
Kapten (B) Dato
Dr Zulkaferi Hanafi
DUN
N.01 Sungai Air Tawar
Mohd Hamizar Sulaiman
N.07 Batang Kali
Harumaini Omar
N.08 Sungai Burong
Mohd Azmil Misman
(ketua bhagian
tanjung karang)
N.12 Jeram
Mohd Najib Itam Othman
(ketua Kuala Selangor)
N.13 Kuang
Mejar Dato Abd Wahid Bidin
N.24 Semenyih
Mohd Rais Zulkifli
N.44 Selat Klang
Datuk Abdul Rashid Asari
N.51 Sijangkang
Roszani Roslan
N.55 Dengkil
Adif Syan Abdullah

No comments:

Post a Comment