Sunday, April 29, 2018

Doktor yang bantu CIA tangkap Osama Laden dipindahkan

Dr Shakil Afridi
Dr Shakil Afridi
PESHAWAR - PAKISTAN. Pihak berkuasa penjara Pakistan telah memindahkan doktor yang dipercayai membantu Agensi Risikan Pusat (CIA) memburu pemimpin al-Qaeda, Osama Laden.

Peguam Dr Shakil Afridi mengesahkan proses pemindahan itu, semalam, namun beliau tidak pasti di mana lokasi anak guamnya sekarang.

Afridi dituduh sebagai pengkhianat selepas dia didakwa membantu CIA mendapatkan sampel genetik keluarga Osama yang membuka jalan kepada operasi rahsia dilancarkan komando elit SEAL Tentera Laut Amerika Syarikat di bandar Abbottabad pada 2011 yang turut menyebabkan pemimpin militan itu terbunuh.

Dia ditahan beberapa hari selepas operasi tersebut dilancarkan yang disifatkan Pakistan sebagai pelanggaran kedaulatan negara itu.
Afridi dijatuhi hukuman penjara 23 tahun selepas disabit bersalah membiayai keganasan.

Pada 2013, hukuman itu ditarik balik, namun dia masih menjalani hukuman untuk kesalahan lain berkaitan keganasan. - Reuters

No comments:

Post a Comment