Wednesday, April 25, 2018

Hampir 500,000 akaun pendeposit tidak aktif

25/4/18

Tabung Haji
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengenal pasti hampir 500,000 akaun pendeposit TH yang tidak melakukan sebarang transaksi melebihi tujuh tahun berturut-turut.

“Ia membabitkan jumlah simpanan sebanyak RM62.8 juta. Semua akaun ini akan diklasifikasikan sebagai ‘Akaun Tidak Aktif’ mulai 1 Jun 2018,”  menurut TH dalam sebuah kenyataan di sini hari ini.

TH menasihati pendeposit terbabit supaya mengaktifkan akaun masing-masing dengan melakukan sekurang-kurangnya satu aktiviti transaksi simpanan atau pengeluaran wang di mana-mana cawangan TH, kaunter atau transaksi dalam talian rakan strategik TH-Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, dan membuat urusan simpanan dengan pelbagai saluran Ejen Kutipan TH sebelum 31 Mei 2018, di seluruh negara.

TH berkata ia akan memindahkan akaun-akaun yang masih tidak diaktifkan ke dalam kumpulan ‘Akaun Tidak Aktif’ bermula 1 Jun 2018.
“Setiap tahun, TH sentiasa mengingatkan pendeposit untuk memastikan status akaun sentiasa aktif, terkini dan mengemas kini data peribadi agar kepentingan dan kebajikan para pendeposit sentiasa terjaga,” kata  TH.

Pengemaskinian maklumat pendeposit seperti alamat, nombor telefon dan penamaan waris adalah untuk kebaikan pemilik akaun dan penting untuk memudahkan TH menghubungi bakal-bakal haji atau waris untuk urusan surat penghantaran tawaran haji dan pengurusan harta.

“Sekiranya TH tidak dapat menghubungi pendeposit, bakal-bakal haji berkemungkinan akan terlepas giliran haji pada tahun berkenaan serta perlu menunggu pada tahun yang seterusnya untuk mengerjakan ibadat haji,” kata TH.
TH berkata pendeposit atau anak di bawah jagaan yang telah kehilangan buku akaun, dipohon untuk datang ke mana-mana cawangan TH dengan membawa kad pengenalan/sijil kelahiran bagi tujuan semakan, penggantian buku baharu dan kemas kini maklumat.

“Untuk sebarang pertanyaan berkaitan akaun tidak aktif atau sebarang perkhidmatan TH, orang ramai boleh menghubungi talian khidmat pelanggan kami di 03-6207 1919,” kata TH. - Bernama
 

3 comments:

  1. Silahkan di kunjungi ya kawan-kawan 100% Memuaskan
    > Hoki anda ada di sini <
    1 USER ID UNTUK SEMUA GAME
    Kami memberi bukti bukan Janji
    Daftar sekarang juga dan dapatkan bonus menarik dari kami :
    - BONUS DEPOSIT NEW MEMBER 100%
    - BONUS DEPOSIT HARIAN 5.000 - 20.000
    - BONUS REFFERAL 2%
    MIN DEPO & WD HANYA Rp.50.000,-
    BCA - MANDIRI - BRI - BNI - DANAMON
    UNTUK INFORMASI SELANJUTNYA BISA HUB KAMI DI :
    LIVECHAT TOGEL118.COM 24 JAM ONLINE
    Pin BBM : D8AF7278
    LINE : togel118
    WHATSAPP : +855 92985834
    Prediksi">http://prediksibwin.com/">Prediksi Bola
    Cerita">http://ceritasemi.com/">Cerita Dewasa
    Cerita">http://ceritasemi.com/">Cerita Semi
    Cerita">http://ayocoli.com/">Cerita Sex
    Prediksi">http://newsprediksi.com/">Prediksi Togel
    Judi Online
    Agen Bola

    ReplyDelete