Friday, April 27, 2018

Maszlee nafi ditolak pengundi Simpang Renggam

27/4/18

Calon PH di kerusi Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik menafikan pengundi tidak menyokongnya kerana beliau ialah penganalisis politik yang bertanding di "kawasan kecil". 

Katanya, pencalonannya di Simpang Renggam tiada masalah kerana identitinya sebagai penganalisis politik hanya diketahui penduduk Lembah Klang.
Selain sebagai pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Maszlee yang baru menyertai PPBM bulan lalu berkata, hasil pemerhatiannya mendapati pengundi Melayu Simpang Renggam mengenalinya sebagai ustaz dan aktivis.

“Orang muda di laman sosial banyak mengikuti aktiviti saya, mengenali saya sebagai aktivis dan kebanyakan pengundi Melayu lihat saya sebagai pensyarah universiti dan ustaz,” katanya yang percaya pengundi mahu perubahan dan akan menolak BN.

Maszlee Malek berkata, hasil pemerhatiannya mendapati pengundi Melayu di Simpang Renggam mengenalinya sebagai pensyarah, ustaz dan aktivis.
FMT

No comments:

Post a Comment