Monday, April 23, 2018

Mohd Amar tawar cuti bersalin dua tahun jika jadi PM. Tudia !

23/4/18
Mohd Amar
Mohd Amar
(Ubah saiz teks)
KOTA BHARU - Cuti bersalin selama dua tahun, itu tawaran Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah jika Pas diberi mandat mentadbir negara ini dan beliau diangkat menjadi perdana menteri.

Tawaran tersebut dinyatakan beliau semasa menyampaikan ucapan penerangan mengenai manifesto Pas Kelantan PRU14 di hadapan lebih 1,000 hadirin di Kelantan Trade Centre (KTC), di sini, hari ini.
Bagaimanapun, beliau memberitahu, walaupun diberikan cuti bersalin selama dua tahun, gaji hanya diberikan untuk tiga bulan pertama sahaja.

 “Jika Pas menang dan saya jadi perdana menteri, saya akan beri cuti bersalin kepada wanita selama dua tahun,” katanya.
Sinar

3 comments:

  1. kemaruk betoi dia nak jadi pm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum ni beria-ria bebenor kata PAS taknak jawatan,cuma nak jadi tuan penasihat jer....
      ni bukan lagi tuan penasihat 25% tapi tuan penasihat 100%...kahkahkahkah

      Delete
  2. klu camtu kakitangan kerajaan beranak jer lar kerja dia...dapat cuti memanjang,mau nyer dekat 18 anak sampai pencen....kahkahkahkah!!!

    ReplyDelete