PRU14 | Sekumpulan penduduk bukan
Melayu di kawasan Parlimen Wangsa Maju mengancam untuk memberikan undi
kepada pembangkang jika BN meletakkan calon MCA pada Pilihan Raya Umum
ke-14 (PRU14).
Sebaliknya penduduk di kawasan itu menggesa Ketua Umno Bahagian
Wangsa Maju Datuk Seri Mohd Shafie Abdullah dicalonkan di kawasan
tersebut.
“Jika letak MCA, kami undi pembangkang. Macam mana dia beri layanan
pada kami, macam itu kami layan dia,” katanya wakil penduduk Jimmy Liu
kepada pemberita di Flat Danau Kota, hari ini.
Pada PRU13, Mohd Shafie bertanding di Parlimen Wangsa Maju dan
mendapat 26,130 undi. Bagaimanapun, beliau kalah dengan PKR, Tan Kee
Kwong yang mendapat 31,641 dengan majoriti 5,511 undi.
Dakwaan MCA sabotaj calon Umno
Dalam sidang media yang disertai 50 orang penduduk setempat itu
mereka turut membawa plakad bertulis 'sokong sepenuhnya Datuk Shafie',
'Pengundi-pengundi memberi sokongan penuh Datuk Shafie jadi calon tetap
P116 Wangsa Maju'.
Sementara itu, Jimmy mendakwa pada PRU13, calon Umno Mohd Shafie yang
juga pengerusi UDA Holdings Berhad (UDA) kalah kerana disabotaj parti
komponen BN sendiri.
"Sebelum ni (PRU13) Shafie tanding tapi kalah. Dia disabotaj komponen parti sendiri," katanya.
Ketika ditanya wartawan parti mana yang mensabotaj, Jimmy menjawab,"MCA."
Namun demikian, Malaysiakini tidak dapat mengesahkan secara
bebas berhubung dakwaannya berhubung sabotaj terhadap Shafie yang juga
Ketua Bahagian Umno Wangsa Maju itu.
Katanya lagi, walaupun Shafie kalah di tangan PKR namun beliau tetap
membantu semua kaum di kawasan itu sekiranya memerlukan bantuan.
“Kalau Shafie jadi calon apa sahaja masalah dia selesaikan. Walaupun kalah PRU Shafie bantu juga, tetap maintain.
“Datuk Shafie bantu Cina, semua bangsa dia bantu. saya boleh jadi
saksi. pengundi sini kalau ada masalah jumpa saya, dan Datuk Shafie akan
terus bantu, dia akan bantu dari dalam hati,” katanya
No comments:
Post a Comment