Thursday, April 19, 2018

Polis siasat tiga wanita cabut bendera parti

Polis siasat tiga wanita cabut bendera parti
MAZLAN
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR – Gara-gara aduan tidak dilayan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),tiga wanita bertindak sendiri menurunkan 133 bendera parti yang di pasang di kawasan perumahan Taman Tun Dr Ismail (TTDI).
Kesemua wanita terbabit nekad selepas  tidak berpuas hati kerana bendera itu dipasang sebelum 28 April hari penamaan calon PRU14.

Walau bagaimanapun mereka kemudiannya tampil ke Balai Polis TTDI membawa kesemua bendera yang telah dipotong.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, tindakan ketiga-tiga wanita itu pada mulanya disedari seorang lelaki yang memaklumkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Zon TTDI telah memeriksa dua buah kereta yang dinaiki tiga wanita terbabit dan merampas 133 helai kain rentang sebuah parti, gunting, playar, pemotong wayar, lampu suluh, plastik sampah dan ubat nyamuk.

“Hasil soal siasat yang dijalankan mendapati tiga wanita terbabit merupakan penduduk kawasan TTDI dan tidak melibatkan diri dalam mana-mana parti politik.
“Mereka bertindak atas dasar prihatin sebagai penduduk di kawasan berkenaan kerana mendakwa aduan yang mereka buat kepada PBT berkaitan pemasangan bendera parti sebelum 28 April 2018 tidak diambil sebarang tindakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Mazlan meminta orang ramai supaya melaporkan isu ini kepada PBT dan tidak mengambil tindakan sendiri..
Tambah beliau, kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan khianat.

No comments:

Post a Comment