Saturday, April 28, 2018

Sasar lawan BN, bukan Pas: Mat Sabu

28/4/18
Mohamad Sabu
Mat Sabu (tengah) bersama calon-calon Harapan ketika tiba di pusat penamaan calon pagi tadi.
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau dikenali sebagai Mat Sabu mengakui pencabar sebenar yang mahu ditumbangkannya pada PRU14 kali ini adalah calon BN bukannya calon dari Pas.
Beliau yang mewakili Pakatan Harapan (Harapan) bagi Parlimen Kota Raja berkata, pihaknya bertekad mahu menumbangkan calon BN, V Gunalan kali ini.

"Kedua-dua calon dari BN dan Pas kali ini saya akui tidak mencabar kerana mereka saling bekerjasama.
"Namun sasaran saya tetap calon BN, jadi lawan yang betul saya mahu lawan adalah BN bukannya Pas," katanya kepada Pemberita sebaik selesai proses penamaan calon di Dewan MBSA Kemuning Utama, Seksyen 34, di sini sebentar tadi.

Parlimen Kota Raja pada PRU14 kali ini akan memperlihatkan pertandingan tiga penjuru, yang mana Mat Sabu akan berdepan dengan Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Kota Raja, Mohamed Diah Baharun (Pas) dan Ketua MIC Bahagian Sepang, V Gunalan (BN).

Pada masa sama, bekas Timbalan Presiden Pas itu berkata, pertandingan tiga penjuru di kerusi Parlimen kali ini akan memudahkan beliau mencapai kemenangan.

"Tambahan lagi Harapan disokong oleh semua kaum, ia satu kelebihan termasuk Kota Raja ini adalah kerusi campuran yang ketara, bukan majoriti sesuatu kaum.
"Saya yakin saya akan menang bergaya, tiada masalah meskipun saya bukan calon anak tempatan," katanya.

No comments:

Post a Comment