Monday, April 30, 2018

‘Siti Hasmah diminta tak hadir majlis anugerah buku’

 
   
Isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - Tun Dr Siti Hasmah Ali, dilaporkan diminta supaya tidak hadir pada majlis Anugerah Buku Negara 2018 di sebuah hotel di ibu negara, petang ini
Dalam surat bertarikh 24 April kepada Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Yayasan Pembangunan Buku Negara memaklumkan bahawa buku autobiografi Siti Hasmah dinilai sebagai buku umum terbaik dalam kategori itu.
Berjudul, "Nama Saya Hasmah", buku itu diterbitkan oleh Karangkraf.
Menurut seorang pembantu Siti Hasmah, seorang individu yang mengenalkan dirinya sebagai 'Hassan' dan mengakui mewakili penganjur, menelefon pejabatnya pada hujung minggu.
"Dia minta Tun (Siti Hasmah) supaya tidak hadir.

“Alasan (diberikan) nanti kat pentas ada VC (naib canselor) universiti awam, kalau Tun (Siti Hasmah) hadir, media akan spin (putar) VC sokong Tun Siti (Hasmah),” katanya.

Bagaimanapun, pembantunya itu tidak dapat mengesahkan sama ada orang yang menelefon itu adalah "Haji Hassan Hamzah" yang menandatangani surat kepada Pengarah Eksekutif Karangkraf, Firdaus Hishammuddin.
Dalam surat tersebut, jawatan Haji Hassan Hamzah dinyatakan sebagai pengerusi jawatankuasa penganjur.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Karangkraf dan Yayasan Pembangunan Buku Kebangsaan untuk mendapatkan komen mereka.
Malaysiakini

1 comment:

  1. Semakin ramai manusia di negara ini berada di rahang kebaculan.

    ReplyDelete