Thursday, April 19, 2018

Tiada halangan guna lambang PKR, kata SPR

18/4/18

Tiada halangan  untuk calon parti politik yang bertanding atas tiket PKR untuk menggunakan lambang parti itu selagi dibenarkan oleh PKR, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan hari ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata parti politik yang bertanding mestilah berdaftar, dibenarkan menjalankan aktiviti bawah Akta Pertubuhan dan perlu membawa surat kebenaran bertulis untuk calon.

"Mana-mana parti politik yang bersetuju membenarkan mana-mana calon bertanding mewakili parti politik berkenaan diminta membawa surat kebenaran bertulis."

No comments:

Post a Comment