Sunday, May 6, 2018

10 maut, 12O jatuh sakit gara-gara minum air tercemar

10 maut, 12O jatuh sakit gara-gara air tercemar
Pesakit dirawat di sebuah hospital di wilayah Kratie, Kemboja semalam, akibat meminum air yang dicemari racun serangga.
PHNOM PENH - KEMBOJA.10 penduduk perkampungan Kratie di Kemboja maut manakala 120 lain jatuh sakit setelah meminum air yang dicemari racun serangga.

Menurut Ketua Jabatan Kesihatan Wilayah Kratie, Chhneang Sivutha, mangsa yang maut dan sakit teruk mengalami simptom kesukaran bernafas, pening kepala, muntah dan sakit dada.
Penduduk mulai sakit sejak Khamis lalu dan pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari kawasan terjejas untuk diuji.

Timbalan Ketua Polis daerah Kratie, Chhim Sokhim, berkata berkemungkinan air hujan yang bercampur racun serangga dari ladang berhampiran telah mencemari air sungai yang digunakan penduduk kampung. - AP

No comments:

Post a Comment