Saturday, May 5, 2018

DAP dakwa undi pos tiada alamat kembali

FMT 5/5/18

Ramkarpal Singh mendakwa SPR gagal menyatakan alamat kembali pada banyak undi pos yang dikirim kepada rakyat Malaysia di luar negara.
Calon DAP Parlimen Bukit Gelugor berkata kakitangannya membuat penemuan itu apabila dimaklumkan oleh ramai pengundi pos dari kawasannya.

"Sampul undi pos patut ada alamat kembali di belakangnya.
"Tetapi kita dapati kebanyakan pengundi pos yang terima sampul mereka mendapati tiada alamat kembali, ke pusat pengundian masing-masing, di belakang sampul.

"Kami mahu SPR jelaskan perkara ini," katanya pada sidang media di George Town hari ini.
Undi pos mesti tiba di pusat mengundi di mana pengundi berkenaan didaftarkan selewat-lewatnya 5.00 petang 9 Mei.

No comments:

Post a Comment