Saturday, May 12, 2018

Dihukum mati kerana bunuh 'suami perogol'


Dihukum mati kerana bunuh 'suami perogol'
Gambar Hiasan

KHARTOUM - SUDAN. Sebuah mahkamah di Sudan, semalam menjatuhkan hukuman gantung ke atas wanita muda kerana membunuh suaminya yang memperkosanya.

Hakim di Omdurman mengumumkan hukuman tersebut ke atas Noura Hussein, 19, selepas keluarga suaminya enggan menerima ganti rugi daripadanya.
Kumpulan hak asasi manusia bagaimanapun meminta pertuduhan itu ditarik balik.

Difahamkan, Noura dipaksa berkahwin pada usia 16 tahun dan bertindak melarikan diri ke rumah makciknya.
Kira-kira tiga tahun selepas itu, dia diperdaya untuk kembali ke rumah keluarganya sebelum dihantar kepada suaminya yang kemudiannya bertindak merogolnya di hadapan beberapa sepupu lelaki tersebut.

Keesokan harinya, wanita itu nekad menikam suaminya hingga mati ketika dia cuba melakukan perbuatan sama ke atasnya.
Kes tersebut turut mendapat perhatian meluas di media sosial hingga mencetuskan kempen #JusticeforNoura yang menjadi trending di Twitter. - BBC

1 comment: