Friday, May 18, 2018

Dipaksa mandul, 3 individu saman kerajaan

Dipaksa mandul, 3 individu saman kerajaan Jepun
Penduduk mahu mendapatkan permohonan maaf dan pampasan untuk mangsa.
TOKYO - JEPUN.Tiga individu yang dipaksa memandulkan diri mengikut undang-undang eugenik yang tidak lagi wujud di Jepun, menyaman kerajaan sebagai sebahagian daripada langkah untuk mendapatkan permohonan maaf dan pampasan.

Saburo Kita, 75, dimandulkan ketika masih remaja dan cerita sebenar hanya didedahkan sebelum kematian isterinya pada 2013.

"Saya berani ke depan dengan harapan lebih ramai mangsa lain yang menderita sejak berdekad lama, akan bangkit bersama saya menuntut keadilan," katanya.
Menurut peguam Naoto Sekiya, Kita menuntut pampasan 30 juta yen (RM1 juta) daripada kerajaan.

Selain Kita, dua lagi mangsa masing-masing dari wilayah Sendai dan utara Hokkaido akan memfailkan saman hari ini.

Undang-undang eugenik diperkenalkan kerajaan Jepun bertujuan untuk memperbaiki keturunan, malah sebahagian pesakit kusta juga dipaksa menggugurkan kandungan kerana polisi yang tidak membenarkan mereka mempunyai anak.- AFP

2 comments:

  1. WOI, CELAKA PENJUDI. BERAMBUS KAMU, SIALAN. IBU WIDA DI GARUT, KAMU INI SYAITAN...

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete