24/5/18
Kerajaan mempunyai kemampuan membayar hutang 1MDB sebanyak RM143.75
juta pada 30 Mei ini dan hutang itu akan dibayar seperti yang
dijadualkan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Kenyataan ini selepas Lim berkata semalam bahawa beliau enggan menandatangani dokumen yang membenarkan Kementerian Kewangan menyelesaikan hutang 1MDB.
"Terdapat jaminan (bayar hutang) daripada kerajaan persekutuan dan
kami akan menghormati komitmen itu," katanya pada sidang akhbar hari
ini.
"Kami akan membayar seperti yang dijadualkan," katanya.
Lim memberitahu mengenai hutang RM143.75 juta tersebut pada hari Selasa lalu.
Beliau berkata 1MDB tidak dapat membayar balik hutangnya sejak April
2017 dan kerajaan telah mengeluarkan sebanyak RM6.9 bilion untuk
membayar hutang 1MDB.
Semalam, Lim bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul
Kanda Kandasamy, bekas ketua pegawai kewangan 1MDB, Azmi Tahir dan bekas
penasihat undang-undang 1MDB, Ivan Chen.
Menteri Kewangan telah mengarahkan Arul Kanda untuk memaklumkan
kepada kementerian secara bertulis mengenai jika firma itu boleh
mengeluarkan jumlah (pembayaran) itu atau tidak.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment