Monday, May 28, 2018

Laporan: 9 ADUN BN Perlis berubah arah

28/5/18

   
Seramai sembilan wakil rakyat BN dari Perlis yang memboikot majlis angkat sumpah menteri besar Datuk Azlan Man dijangka membantalkan hasrat mereka.
Menurut Star Online, sembilan ADUN berkenaan dijangka menerima pelantikan Azlan dan meminta maaf kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Laporan itu memetik seorang ADUN yang tidak mahu dikenali sebagai berkata, mereka telah mengadakan pertemuan baru-baru ini dan bersetuju menyokong Azlan sebagai menteri besar bagi penggal kedua.
Sambil menafikan mereka setia kepada Raja Perlis, anggota parlimen berkenaan berkata pengumuman rasmi akan dibuat tidak lama lagi.

Sementara itu, pemangku presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid memberitahu Star Online bahawa krisis di Perlis akan berakhir tidak lama lagi, tanpa memberi butiran lanjut.

Azlan mengangkat sumpah bagi penggal kedua sebagai menteri besar minggu lepas namun menerima tentangan daripada ADUN BN.
Sehingga kini Perlis merupakan satu-satunya negeri yang masih tidak mempunyai kabinet selepas BN memenangi 10 daripada 15 kerusi DUN di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)..

Berdasarkan konvensyen, Raja Perlis perlu melantik ADUN yang mendapat keyakinan majoriti.

Sebelum ini sembilan ADUN berkenaan membantah pelantikan Azlan sebagai MB dan membuat laporan polis kerana menganggap pelantikan tersebut bertentangan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negeri.
Pengerusi Umno Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim juga mencadangkan supaya Azlan dipecat dari Umno.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment