Thursday, May 10, 2018

Laporan: Dr M tak akan angkat sumpah sebagai PM hari ini

 
   
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad dilapor tidak akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia yang baru hari ini.
TV3 melaporkan sumber istana memberitahu media bahawa upacara itu akan diadakan pada hari yang lain.

Malaysiakini sedang menghubungi pihak Dr Mahathir untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Terdahulu,  di Jalan Duta, Kuala Lumpur, petugas media menunggu di Istana Negara sejak awal pagi untuk majlis angkat sumpah bagi melantik Pengerusi Harapan itu sebagai perdana menteri ketujuh Malaysia.

Upacara itu pada awalnya dijangka berlangsung pada jam 9.30 pagi.
Sementara itu, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka mengadakan sidang akhbar pada jam 11 pagi. Malaysiakini

No comments:

Post a Comment