Thursday, May 31, 2018

Lebih 50 pegawai kerajaan ke tirai besi

Lebih 50 pegawai kerajaan Kenya ke tirai besi
Pengarah NYS, Richard Ndubai (kiri) meletak jawatan selepas skandal rasuah NYS terbongkar.
NAIROBI - KENYA. Pendakwa raya Kenya telah mengarahkan pendakwaan segera dibuat ke atas lebih daripada 50 pegawai, termasuk eksekutif kanan dan keluarga mereka yang telah ditangkap sebagai sebahagian daripada siasatan skandal rasuah.
Pendakwa raya, Noordin Haji berkata dalam satu kenyataan semalam bahawa beliau mempunyai cukup bukti untuk memfailkan tuduhan ke atas 54 pegawai yang ditangkap atas kecurian lebih AS$80 juta (RM318 juta) dari Perkhidmatan Belia Negara (NYS).

"Pejabat saya sedang berusaha untuk membawa kesemua suspek ke mahkamah untuk menjawab semua tuduhan," katanya.
Antara yang ditahan termasuk Pengarah NYS, Richard Ndubai.

NYS merupakan inisiatif Presiden Uhuru Kenyatta bertujuan melatih dan memberikan kemahiran kepada golongan belia dalam usaha menangani kadar pengangguran yang tinggi di negara berkenaan.

Difahamkan, bajet NYS melonjak kepada kira-kira AS$250 (RM995 juta) setahun kononnya untuk digunakan membantu pelatih semasa latihan teknikal atau menjalankan projek-projek kerajaan.

Bagaimanapun, lebih AS$80 juta dicuri menerusi tuntutan invois palsu dan pembayaran berganda pada invois pembekal.
Dalam satu kes, NYS dilaporkan membayar AS$ 1juta untuk menukar tayar sebuah kereta.

Susulan pembongkaran skandal NYS, Ndubai meletak jawatan awal bulan ini dan ditahan pada Ahad,
Beliau akan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa, mencuri dana awam dan pemalsuan. - Press TV

No comments:

Post a Comment