Friday, May 18, 2018

Mat Sabu pun ada 'fake account'

Mat Sabu pun ada 'fake account'
Entri pertama Mat Sabu di Twitter rasmi miliknya.
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Selepas dinamakan sebagai Menteri Pertahanan, nama Mohamad Sabu atau Mat Sabu menjadi trending di Twitter.
Malah, ramai netizen berharap agar Presiden Amanah itu mempunyai akaun Twitter seperti pemimpin-pemimpin lain.

Semalam, kecoh di laman sosial itu dengan kemunculan akaun Twitter yang menggunakan tweethandle @MohamadSabu_.
Ramai yang menyangkakan ia adalah akaun rasmi Mat Sabu dan sehingga semalam jumlah pengikut sudah mencecah lebih 33,000 orang.

Akaun tersebut turut memuat naik entri pertamanya malam tadi dengan ucapan terima kasih Mat Sabu kepada rakyat Malaysia.
Bagaimanapun, akaun Twitter rasmi Kementerian Pertahanan  mengesahkan akaun @MohamadSabu_ adalah palsu.

Sebaliknya, akaun rasmi Mat Sabu menggunakan tweethandle @MSabu_Official.
"Pihak kami ingin tegaskan bahawa selain daripada akaun yang dinyatakan bukan akaun di bawah selian pihak kami #FakeAccount," tulis status akaun Kementerian Pertahanan.

Hasil tinjauan mendapati akaun rasmi Mat Sabu dibuka pada bulan ini dan baru memuat naik entri pertamanya sebentar tadi iaitu pemberitahuan tentang akaun rasminya.
Jumlah pengikut pula adalah sebanyak 3,000 orang.

1 comment: