Thursday, May 10, 2018

Mohamad Apandi karut, muka saya tak haram: Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad, Mohamad Apandi Ali
Tun Dr Mahathir Mohamad, Mohamad Apandi Ali
(Ubah saiz teks) 
 
PETALING JAYA - Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad membidas kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali yang mendakwa Jabatan Peguam Negara (AGC) sebagai penasihat undang-undang kerajaan.
Mahathir menyifatkan kenyataan Mohamad Apandi itu disifatkan sebagai mengarut.

"Pasa masa ini tiada lagi kerajaan. Bullshit" katanya dalam sidang media, hari ini.
Awal pagi ini, Mohamad Apandi dalam satu  kenyataan berkata,  Jabatan Peguam Negara akan terus menjadi penasihat kepada kerajaan dan menegaskan badan perundangan negara itu bebas pengaruh politik.
Terdahulu pada sidang media itu, Mahathir  mengisytiharkan wajahnya boleh ditatapi oleh semua pihak.

 "Sekarang muka saya tidak haram lagi. Tidak perlu koyak gambar muka saya," katanya yang merujuk kepada tindakan  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengarahkan poster pilihan raya yang memaparkan gambarnya diturunkan.
Mahathir memenangi kerusi Parlimen Langkawi dengan majoriti 8,893 undi selepas menewaskan calon-calon BN dan Pas.

Bekas perdana menteri itu memperoleh 18,954 undi untuk mengatasi Datuk Ir Nawawi Ahmad (BN) yang mendapat 10,241 undi dan Zubir Ahmad (PAS) yang menerima 5,512 undi.

2 comments: