PRU14 | Seorang penganalis
politik meramalkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah akan tergantung
(hung) selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei.
Menurut penyelidik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohd
Azizuddin Mohd Sani, BN dijangka memenangi 16 daripada 36 kerusi,
diikuti Pakatan Harapan (12) dan PAS (8).
Untuk membentuk kerajaan, parti atau sesebuah gabungan memerlukan 19 kerusi di DUN Kedah.
Mohd Azizuddin berkata, usaha BN mempertahankan Kedah terhalang kerana isu ekonomi tempatan dan kepimpinannya yang lemah.
Ini ditambah lagi dengan faktor Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir
Mohamad yang berasal dari Alor Setar dan menjadi perdana menteri selama
22 tahun, kini memimpin pembangkang untuk menjatuhkan BN.
"(Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri) Ahmad Bashah Md Hanipah tidak boleh dianggap pemimpin yang kuat.
"Di Kedah, mereka tidak memerlukan seseorang yang berpendidikan atau
cemerlang, mereka hanya mahukan seorang pemimpin tempatan yang dapat
melindungi mereka, seseorang yang rapat dengan rakyat di bawah, sudah
cukup," kata Mohd Azizuddin.
Mohd Azizuddin berkongsi ramalannya pada siri seminar pilihan raya
umum ke-14 anjuran Ikmas-Merdeka Center di Nottingham University, Kuala
Lumpur hari ini.
Bagaimanapun, beliau memberi amaran bahawa sentimen pilihan raya
sangat dinamik dan pelbagai perkara boleh berubah semasa tempoh kempen.
"Banyak kerusi marjinal di Kedah dan ia boleh dimenangi sesiapa saja," katanya.
Mengenai PAS pula, Mohd Azizuddun berkata kajiannya mendapati parti itu berpotensi menjadi 'kingmaker' di DUN Kedah.
"Dan saya fikir kamu tahu di mana mereka akan swing," katanya.
Sementara itu, Mohd Azizuddin juga meramalkan BN akan mengekalkan
tujuh kerusi parlimen di Kedah, lapan dimenangi HARAPAN manakala PAS
tidak memenangi sebarang kerusi.
Ramai yang akan kena beli oleh BN nanti..
ReplyDeleteLingkupkan BN semaksimum yang mungkin. Pilihlah Pakatan Harapan.
ReplyDelete